Tuesday, November 3, 2009

Meneliti Cinta Pada Usia Remaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani yang telah mencampakkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya cinta atau Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan oleh Allah kepada setiap manusia. Sudah menjadi fitrah semulajadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain kerana adanya cinta.Buktinya Allah berfirman….. Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)
Malangnya hari ini, pekataan cinta itu sudah disalahertikan oleh sebahagian besar golongan remaja.Pada hari ini golongan remaja berproksikan cinta untuk mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Golongan ini selalu berdua-duaan di tempat membeli- belah,pantai-pantai dan sebagainya, tanpa pengawasan oleh orang tua mereka.Adakah hal ini dibenarkan dalam islam?kalau “ye” manakah dalilnya? Persoalannya di sini ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga?
Sebenarnya,islam tidak melawan fikrah manusia yang berkeinginan untuk mencintai dan dicintai,tapi dalam islam,tidak ada cinta romantik melainkan telah berkahwin,tidak ada deting-deting,tidak ada berdua-duaan di tempat sunyi dan dalam islam tidak ada cinta maksiat yang melalaikan.Islam amat menjaga batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim.Kita mesti dapat membezakan istilah cinta dengan istilah berpasangan (couple).Cinta adalah satu fikrah yang semulajadi dan tidak salah untuk seseorang itu untuk mencintai sesiapa sahaja yang ingin dicintainya selagi tidak bersalahan dengan syariat islam.Sebaliknya,couple dalam islam hanya wujud selepas kahwin kerana tiada dalil atau pendapat ulamat yang membenarkan couple sebelum kahwin.Tetapi biasanya,cinta dan couple wujud dalam masa dan situasi yang sama.Hal ini menyebabkan kita keliru untuk membezakan antara yang betul dan yang salah.
Cinta murni, sebenarnya lebih ke arah rasa hormat, malu dan kagum dengan kewarakan serta keimanan orang yang dicintai kerana cinta bersifat hakiki yang tidak boleh dijual beli.Cinta berasaskan islam juga lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah yang bersifat kekal abadi dalam hati setiap pasangan .Seterusnya,cinta berasaskan islam juga lebih mendekatkan pasangan ke arah penciptanya.Seperti kata Imam Nawawi: "aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.Kata-kata iman Nawawi jelas kerana agama adalah kratirea utama dalam memilih pasangan seterusnya barulah keturunan,harta dan kecantikan yang mesti dipilih.
Ketinggian dalam beragama bukan bermakna kita perlu memilih ustaz atau ustazah sebagai pasangan hidup,tetapi jika dapat golongan ini adalah lebih baik. Kita boleh memilih individu yang dulunya bersosial tetapi dia ingin berubah menjadi lebih baik.Bahkan orang bukan islam boleh dipilih jika dia hendak berubah dan beriman kepada Allah.Dalam hal ini kita boleh gunakan konsep dakwah dan talbiyah dalam mendorong orang berkenaan untuk mengenali Allah.Syaratnya, kita perlu mengikut syariat islam dalam mendidik mereka supaya kita tidak menuju sama ke jalan yang salah.
Mengapakah islam tidak membenarkan couple sebelum kahwin?hal ini agak sukar untuk dijawab kerana cinta seolah-olah wujud secara misteri sepertimana kewujudah makhluk halus yang tidak jelas di dunia ini.Apabila seseorang itu jatuh cinta, dia seseolah-olah kerasukan sehingga setiap keburukan pasangannya nampak baik.Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi pasangannya walaupun salah di sisi Allah.Seterusnya berlakulah perkara yang dimurkai oleh Allah.Hal inilah yang hendak dicegah oleh islam untuk mengelakkan kemurkaan Allah swt.
Kepada remaja-remaja yang sedang bercouple,insaflah kalian kerana jalan yang kalian pilih boleh membawa kepada kemurkaan Allah.Kepada yang suka sama suka gunakan kaedah yang betul dalam islam supaya dapat menjauhi maksiat.”Dan ingatlah Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan”.
Yang mana yang baik semuanya datang dari Allah dan jika ada kekurangan itu kelemahan penulis sendiri.