Tuesday, December 29, 2009

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

wallahualam

Tuesday, November 10, 2009

PETUA IMAM AS SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Hikmah Di Sebalik 10 Wasiat Imam Hasan Al- Banna.

1. Segeralah tunaikan solat, kerana ia mendidik diri kepada takwa dan disiplin.

2. Bacalah Al- Quran, ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa.

3. Bertuturlah dengan bahasa yang jelas, kerana ia membawa keberkesanan dakwah.

4. Janganlah terlalu banyak berdebat, kerana ia menghapuskan kemesraan sesama muslim.

5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana ia menjadikan hati anda keras dan tidak sensitif

6. Jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan anda lalai daripada perjuangan.

7. Jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan, kerana ia menjadikan pendengar jemu dan bosan.

8. Jangan mengumpat, kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mukmin.

9. Kembangkanlah taaruf, kerana ia meningkatkan kemesraan dan boleh membina medan- medan dakwah yang luas.

10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu jagalah waktu.

Tuesday, November 3, 2009

Meneliti Cinta Pada Usia Remaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani yang telah mencampakkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya cinta atau Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan oleh Allah kepada setiap manusia. Sudah menjadi fitrah semulajadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain kerana adanya cinta.Buktinya Allah berfirman….. Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)
Malangnya hari ini, pekataan cinta itu sudah disalahertikan oleh sebahagian besar golongan remaja.Pada hari ini golongan remaja berproksikan cinta untuk mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Golongan ini selalu berdua-duaan di tempat membeli- belah,pantai-pantai dan sebagainya, tanpa pengawasan oleh orang tua mereka.Adakah hal ini dibenarkan dalam islam?kalau “ye” manakah dalilnya? Persoalannya di sini ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga?
Sebenarnya,islam tidak melawan fikrah manusia yang berkeinginan untuk mencintai dan dicintai,tapi dalam islam,tidak ada cinta romantik melainkan telah berkahwin,tidak ada deting-deting,tidak ada berdua-duaan di tempat sunyi dan dalam islam tidak ada cinta maksiat yang melalaikan.Islam amat menjaga batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim.Kita mesti dapat membezakan istilah cinta dengan istilah berpasangan (couple).Cinta adalah satu fikrah yang semulajadi dan tidak salah untuk seseorang itu untuk mencintai sesiapa sahaja yang ingin dicintainya selagi tidak bersalahan dengan syariat islam.Sebaliknya,couple dalam islam hanya wujud selepas kahwin kerana tiada dalil atau pendapat ulamat yang membenarkan couple sebelum kahwin.Tetapi biasanya,cinta dan couple wujud dalam masa dan situasi yang sama.Hal ini menyebabkan kita keliru untuk membezakan antara yang betul dan yang salah.
Cinta murni, sebenarnya lebih ke arah rasa hormat, malu dan kagum dengan kewarakan serta keimanan orang yang dicintai kerana cinta bersifat hakiki yang tidak boleh dijual beli.Cinta berasaskan islam juga lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah yang bersifat kekal abadi dalam hati setiap pasangan .Seterusnya,cinta berasaskan islam juga lebih mendekatkan pasangan ke arah penciptanya.Seperti kata Imam Nawawi: "aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.Kata-kata iman Nawawi jelas kerana agama adalah kratirea utama dalam memilih pasangan seterusnya barulah keturunan,harta dan kecantikan yang mesti dipilih.
Ketinggian dalam beragama bukan bermakna kita perlu memilih ustaz atau ustazah sebagai pasangan hidup,tetapi jika dapat golongan ini adalah lebih baik. Kita boleh memilih individu yang dulunya bersosial tetapi dia ingin berubah menjadi lebih baik.Bahkan orang bukan islam boleh dipilih jika dia hendak berubah dan beriman kepada Allah.Dalam hal ini kita boleh gunakan konsep dakwah dan talbiyah dalam mendorong orang berkenaan untuk mengenali Allah.Syaratnya, kita perlu mengikut syariat islam dalam mendidik mereka supaya kita tidak menuju sama ke jalan yang salah.
Mengapakah islam tidak membenarkan couple sebelum kahwin?hal ini agak sukar untuk dijawab kerana cinta seolah-olah wujud secara misteri sepertimana kewujudah makhluk halus yang tidak jelas di dunia ini.Apabila seseorang itu jatuh cinta, dia seseolah-olah kerasukan sehingga setiap keburukan pasangannya nampak baik.Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi pasangannya walaupun salah di sisi Allah.Seterusnya berlakulah perkara yang dimurkai oleh Allah.Hal inilah yang hendak dicegah oleh islam untuk mengelakkan kemurkaan Allah swt.
Kepada remaja-remaja yang sedang bercouple,insaflah kalian kerana jalan yang kalian pilih boleh membawa kepada kemurkaan Allah.Kepada yang suka sama suka gunakan kaedah yang betul dalam islam supaya dapat menjauhi maksiat.”Dan ingatlah Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan”.
Yang mana yang baik semuanya datang dari Allah dan jika ada kekurangan itu kelemahan penulis sendiri.

Friday, January 9, 2009

BISIKAN MALAM

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mengcengkam jiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menhindari kealpaan

Diterjah pelbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semuanya
Segala dosa-dosa yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpimlah daku dengan
hidayah mu

Tuhanku......
Di mana syahdu ku merayu
Ampuni segala dosaku yang lalu
sujudku mendambarkan keredhaan Mu
Tempatkan daku dalam rahmat Mu

Tuhanku.....
Usah kau biarkan diriku
Hanyut terleka,dijiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanya untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwaku ku dalam keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan Ku sedarkan harapan