Friday, March 26, 2010

Tujuh Golongan Mendapat Naungan Di Akhirat

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

1 Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.

2 Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.

Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.

Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

3 Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.



4 Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat.

Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5 Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

6 Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.

7 Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Thursday, March 25, 2010

diAri SoRanG AnAk...

WARKAH BUAT IBU...
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni Sejak kita dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak pernah buat begitu..... lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... lepas itu mak jemur karpet-karpet. .. lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar... kita kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak saja... eemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut..... bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pergi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kita berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja.. Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita... Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kita kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya
saja..cukup ke duitt.. kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak
duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kita
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.. ...
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden
Terlanggar kelinn naik motor.....
Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan Sesekali bagitahu kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...? Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga..... Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar
dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak
mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita
rela... Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai
juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu
lenggang..kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ... terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn. ...

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... kita gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata begitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik Atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak.mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja... Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak.... kita rasa sejukkkk sangat dahi makk..... kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya.... kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kita tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan. ... entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi... semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kita cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... kita rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong... kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi... Puas lah kakak memujuk kita... Akak kata..." tak baik lah nangis saja..doa lah untuk mak..nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....

Mak....
cukup lah sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan... kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak... esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini... lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat kenangan.. kita cuma tau alamat ni saja...

tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kita boleh rasa naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak MAK yang dah tak degil








Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana,
Setiap Wanita itu Cantik...